11th Week Reflection

           Hohohohoohho ingatkan cuti lagi. Tengok-tengok abis dah semester break. Sekejap sahaja. Jadi kembali kepeda runtin harian semula dimana terpaksa untuk pergi ke kelas dan belajar. Bagi kelas minggu ke 11 ini, tiada lagi pelajar berkaitan dengan dreamweaver tetapi beralih kepad Micromedia Adobe Flash. Secara amnye mmg pernah gune flash nie, tapi tidak berapa mahir sgt la..... just penah touch2 macam itu sahaja. Jadi, harap-harap banyak ilmu baru yang akan dipelajari.

            Untuk pembelajaran flash ini akan special sebab Dr Zai tidak memberi lecture kat kelas tetapi memberikan kami semua sebuah ipad. Ipad tersebut dilengkapi dengan application yang membolehkan kami mempelajari daripada ipad tersebut. Agak menarik juga kaedah pembelajaran ini. Kemudian kami diberikan tugas untuk dilaksanakan. 

Antaramuka untuk App1


Antaramuka untuk App2

                        Kami diberikan kertas yang mempunyai beberapa soalan dimana soalan-soalan tersebut boleh diperolehi jawapanya daripada applikasi ipad tersebut. Kemudian kami juga ditugaskan untuk menghasilkan sebuah permandangan di tepi pantai dengan mennggunakan software Flash tersebut.



                        Jadi ini la lukisan pantai yang dapat  dihasilkan dengan menggunkan beberapa Tools dalam Adobe Flash tersebut seperti pensil tools, pen tools, paint bucket, line tool dan selction tools. Tidak berapa cantik sangat sebab bab-bab seni ini memang agak lemah sedikit la. ehehhe so far enjoy! :)


Week 10



"oppa gangnam style". ... Rest2 :)


9th Week Reflection

                        Sekejap je dah minggu yang ke sembilan. Untuk minggu ini adalah minggu yang terakhir untuk mempelajari dreamweaver untuk kelas authoring ini. Kiranya macam jurusan yang terkahir la untuk kelas dreamweaver ini. Kemudian dr cakap akan beralih arah untuk mempelajari Micromedia Adobe Flash pula. 

                            So untuk kelas kali ini, dr telah memperkenalkan kepada semua cara-cara untuk membuat online survey/quiz pada laman web yang mempunyai pengkalan data. Ilmu ini suatu yang menarik dam jika kita lihat penggunaanny, ianya sudah digunakan dengan meluas dimana semua data yang dimasukkan perlu disertakan dengan satu webpage yang membolehkan untuk pengguna untuk memasukkan segala maklumat atau data. 


Ini contoh webpage yang berbentuk quiz. Ape yang penting untuk membuat webpage ini adalaha table di dalam database sesebuah web tersebut. Bagi sebuah webpage yang mempunyai soalan sebegini selalunya mempunyai table  khas untuk soalan ini dimana dalam table tersebut mempunyai bilangan  field yang sama banyak dengan bilangan soalan. Ini untuk memudahkan untuk proses yang seterusnya iaitu membaca data tersebut.



8th Week Reflection

            
              Hhoohoh..... igt cuti lagi. Tengok-tengok dah start kelas balik. So untuk minggu yang ke lapan nie, Masih lagi mempelejari mengenai PHP dan laman web pengkalan data. Dr zaida sekali lagi bersilat untuk menerangkan kepada semua cara untuk membuat web page bagi Admin. Laman web yang mempunyai pengkalan data seharusnya mempunyai webpage untuk admin bagi tujuan pengurusan data yang terdapat dalam pengkalan. Semua data yang terdapat dalam pengakalan data akan diuruskan dan ditadbir melalui "web browser".Kaedah ini lebih mudah berbanding jika mengemaskini data tersebut melalui MySQL atau microsoft access. Tambahan pula, sekiranya laman web tersebut telah dimuat naik ke pelayan atau "server",   maka data tersebut akan dikemaskini dengan menggunakan cara ini. 

     Web page bagi admin ini akan mempunyai beberapa menu bagi tujuan pengurusan data terutama bagi data pengguna. Maka web page ini akan mempunyai menu seperti Insert User, View User, Edit User, Delete User, dan sebagainya.



Perkara yang penting untuk membuat web page bagi admin adalah dengan mengadakan option tambahan pada web page tersebut iaitu Restricting Access. Ini bertujuan bagi memastikan data yang terdapat dalam laman web tersebut tidak dapat diceroboh oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. 


Week 7 ~ Salam Aidiladha



HOHO minggu nie xde kelas ... Salam Aidiladha kepada semua.... maaf zahir dan batin :)


6th Week Reflection

         Lima minggu dah berlalu untuk kelas Authoring Language ini. Banyak yang dah dipelajar dan semakin banyak pula rasanya yang tidak diketahui, macam surh explorer sendiri lagi nie :) 

         Untuk minggu yang ke 6 ini, Dr zaidatul telah bertunggu lumus sekali lagi untuk menyampai ilmu yang ada dengan mengajar cara untuk membuat Login page. Bagi sebuah laman web yang mempunyai pengkalan data, login page adalah penting bagi memastikan hanya pihak yang tertentu sahaja yang boleh mengakses data web tersebut. ini bagi memastikan maklumat yang penting tidak bocor kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

                   Beberapa langkah perlu dilakukan untuk menyediakan login page tersebut. Langkah pertama adalah kita harus membina table untuk menyimpan data maklumat untuk pengguna. Field yang terdapat pada table tersebut bergantung kepada pembina. Pada kebiasaannya, pembina akan menggunakan beberapa table. sebagai contoh:


ini adalah contoh bagi table untuk menyimpan data bagi membolehkan pengguna untuk masuk kedalam sebuah laman web yang mempunyai pengkalan data. Langkah seterusnya adalah membina webpage untuk pengguna mendaftar ke laman web tersebut. page tersebut akan meminta beberapa maklumat kepada pengguna seperti nama. username dan password yang akan digunakan. Semua maklumat ini akan di rekodkan. Maka ketika membina page ini menggunakan microsoft dreamweaver, server behavior insert record akan digunakan. Sebagai contoh page tersebut adalah:





                    Selain itu beberapa ciri tambahan boleh di letakkan pada page tersebut seperti duplicate username, ini adalah untuk memastikan pengguna tidak mendaftarkan username yang sama. Langkah ini penting bagi mengelakkan dari sebarang masalah pada data yang disimpan.




@nwaR Corp.

MP121087

Powered by Blogger.

Copyright © / AnwaR MPT 1193

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger