8th Week Reflection

            
              Hhoohoh..... igt cuti lagi. Tengok-tengok dah start kelas balik. So untuk minggu yang ke lapan nie, Masih lagi mempelejari mengenai PHP dan laman web pengkalan data. Dr zaida sekali lagi bersilat untuk menerangkan kepada semua cara untuk membuat web page bagi Admin. Laman web yang mempunyai pengkalan data seharusnya mempunyai webpage untuk admin bagi tujuan pengurusan data yang terdapat dalam pengkalan. Semua data yang terdapat dalam pengakalan data akan diuruskan dan ditadbir melalui "web browser".Kaedah ini lebih mudah berbanding jika mengemaskini data tersebut melalui MySQL atau microsoft access. Tambahan pula, sekiranya laman web tersebut telah dimuat naik ke pelayan atau "server",   maka data tersebut akan dikemaskini dengan menggunakan cara ini. 

     Web page bagi admin ini akan mempunyai beberapa menu bagi tujuan pengurusan data terutama bagi data pengguna. Maka web page ini akan mempunyai menu seperti Insert User, View User, Edit User, Delete User, dan sebagainya.



Perkara yang penting untuk membuat web page bagi admin adalah dengan mengadakan option tambahan pada web page tersebut iaitu Restricting Access. Ini bertujuan bagi memastikan data yang terdapat dalam laman web tersebut tidak dapat diceroboh oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. 

0 comments:

@nwaR Corp.

MP121087

Powered by Blogger.

Copyright © / AnwaR MPT 1193

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger