6th Week Reflection

         Lima minggu dah berlalu untuk kelas Authoring Language ini. Banyak yang dah dipelajar dan semakin banyak pula rasanya yang tidak diketahui, macam surh explorer sendiri lagi nie :) 

         Untuk minggu yang ke 6 ini, Dr zaidatul telah bertunggu lumus sekali lagi untuk menyampai ilmu yang ada dengan mengajar cara untuk membuat Login page. Bagi sebuah laman web yang mempunyai pengkalan data, login page adalah penting bagi memastikan hanya pihak yang tertentu sahaja yang boleh mengakses data web tersebut. ini bagi memastikan maklumat yang penting tidak bocor kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

                   Beberapa langkah perlu dilakukan untuk menyediakan login page tersebut. Langkah pertama adalah kita harus membina table untuk menyimpan data maklumat untuk pengguna. Field yang terdapat pada table tersebut bergantung kepada pembina. Pada kebiasaannya, pembina akan menggunakan beberapa table. sebagai contoh:


ini adalah contoh bagi table untuk menyimpan data bagi membolehkan pengguna untuk masuk kedalam sebuah laman web yang mempunyai pengkalan data. Langkah seterusnya adalah membina webpage untuk pengguna mendaftar ke laman web tersebut. page tersebut akan meminta beberapa maklumat kepada pengguna seperti nama. username dan password yang akan digunakan. Semua maklumat ini akan di rekodkan. Maka ketika membina page ini menggunakan microsoft dreamweaver, server behavior insert record akan digunakan. Sebagai contoh page tersebut adalah:





                    Selain itu beberapa ciri tambahan boleh di letakkan pada page tersebut seperti duplicate username, ini adalah untuk memastikan pengguna tidak mendaftarkan username yang sama. Langkah ini penting bagi mengelakkan dari sebarang masalah pada data yang disimpan.




0 comments:

@nwaR Corp.

MP121087

Powered by Blogger.

Copyright © / AnwaR MPT 1193

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger